Segala aktiviti daripada pelajar program Pendidikan Awal Kanak-Kanak akan diupload didalam slot ini
KARNIVAL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Pada tanggal 13 Sept 2017 telah berlansungnya karnival pendidikan awal kanak-kanak kolej felcra yang melibatkan pelajar daripada program pendidikan awal kanak-kanak dan prasekolah,tadika, taska, kemas dan pepaduan. Penglibatan seramai 150 orang pelajar daripada program pendidikan awal kanak-kanak, 20 orang pelajar sijil keusahawanan, dan 300 orang murid-murid dari tadika-tadika berserta guru. Karnival ini bertujuan untuk mencapai satu pengalaman yang bermakna buat pelajar Program Pendidikan Awal Kanak-kanak didalam pengendalian kanak-kanak dan jati diri mereka semasa ingin menjadi guru pada hari kelak selain memperkenalkan kolej FELCRA dimata masyarakat setempat.
Objektif Karnival
Objektif Karnival
- Mengetahui tentang betapa pentingnya penglibatan pelajar di dalam aktiviti bersama-kanak-kanak.
- Memberi gambaran sebenar tentang bagaimana pengendalian aktiviti kanak-kanak untuk para pelajar pendidikan awal kanak-kanak.
- Mewujudkan pengalaman sebenar untuk pelajar-pelajar Pendidikan awal kanak-kanak untuk menjadi guru kelak.